Sabtu, 30 Ogos 2014

Kunak-Sabah

Peta Lokasi Daerah Kunak,Sabah.

Kunak-Sabah, bukanlah satu nama asing lagi buat masa kini. Kunak, merupakan salah satu daerah kecil yang terletak di negeri Sabah di sebelah pantai timur. Jika di lihat pada peta, lokasi Kunak adalah di antara dua daerah besar di Sabah iaitu Lahad Datu dan Tawau.

Teringat satu masa dahulu, ketika dalam lingkungan tahun 90'an, kebanyankan guru dan kakitangan awam yang di tempatkan bertugas di daerah Kunak mempunyai tangapan Kunak sebuah perkampungan terpencil.
 

Namun setelah berada di daerah ini, rata-rata mereka ini suka untuk menetap di daerah ini. Antara faktor yang membuatkan guru-guru dan kakitangan awam dari Semenanjung suka menetap di daerah Kunak adalah di sebabkan kos sara hidup yang rendah, kemudahan insfatuktur dan kemudahan asas yang mencukupi serta ketenangan hidup yang jauh dari kesibukan hidup di bandar.

Populasi suku kaum yang terdapat di daerah ini antaranya, suku kaum bajau dan bugis. Tetapi terdapat juga suku kaum dan bangsa lain yang turut terdapat di pekan ini seperti bangsa cina, india,suku kaum sulu, kadazan-dusun, suku kaum murut, suku kaum iban, suku kaum jawa, suku kaum timur dan lain-lain.

Ini menunjukkan daerah ini mampu hidup dalam masyarakat pelbagai bangsa dengan aman dan harmoni.

Daerah Kunak juga tidak ketinggalan dengan arus kemodenan. Keprihatinan pemimpin dan pihak kerajaan terhadap daerah Kunak tidak pernah di abaikan. Ini dapat dilihat dari segi kemudahan jalan raya berturap yang boleh di katakan telah memasuki hampir 90% kawasan perkampungan yang terdapat di daerah ini.

Bukan itu sahaja, kemudahan seperti hospital, sekolah, Dewan Masyarakat, Pusat Jalur Lebar 1 Malaysia, Mini RTC juga terdapat di daerah kecil ini.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih banyak input mengenai daerah Kunak secara maya, anda boleh juga melawati blog semuakunak.blogspot.com

0 ulasan: