Sabtu, 6 September 2014

Misteri Cahaya Merah di Langgit Kunak

Pada malam 2 September 2014 yang lalu, fatu fenomena misteri cahaya merah di langgit Kunak telah berlaku sekitar pukul 8:00 malam sehingga 10:30 malam. Kejadian ini telah menimbulkan tanda tanya buat penduduk di daerah Kunak.


Cahaya Merah Yang Sempat Di rakamkan Oleh Penduduk Tempatan


Menurut cerita pada kejadian malam tersebut, cahaya misteri tersebut turut kelihatan di daerah Putatan, Penampang, Papar malah ianya turut dapat dilihat dengan jelas di Limbang Sarawak.

Cahaya Merah Yang Menjadi Tanda Tanya
Akibat kejadian tersebut banyak cerita yang timbul. Ada yang mengatakan ianya akibat pantulan cahaya daripada api di Terminal Minyak Gas Petronas di Kimanis. Ada juga yang mengatakan ianya suar yang di lepaskan oleh pihak tentera.

Menurut Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malik Tussin, beliau tidak menolak kejadian ini berkemungkinan fenomena "Light Pillar" iaitu pantulan cahaya ke atas hablur di atas awan yang menyebabkan fenomena cahaya misteri tersebut.


Menurut beliau lagi, kejadian seumpama ini pernah berlaku sebelum ini di negeri ini juga tetapi tidak di hebohkan.

Nota kaki : Ada juga penduduk tempatan mendakwa cahaya misteri di Kunak itu membentuk kalimah Allah.

Kredit to : http://www.bharian.com.my/node/4247
Read More

Jumaat, 5 September 2014

Gempa Bumi di Kunak 05 September 2014

Gempa bumi di Kunak yang berskala 4.0 skala ritcher telah berlaku pada 9:15 pagi hari ini. Perkara ini turut di sahkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia. Namun tidak ada apa-apa kerosakan yang berlaku di laporkan. Gegaran ini dapat di rasakan di kawasan Pekan Kunak, Kg. Lormalong, Kg.Pangkalan, Kg. Jaya Baru dan beberapa tempat lagi di kawasan Kunak.

Selain itu, gegaran gempa bumi ini turut di rasai di 3 buah daerah lain iaitu, Lahad Datu, Semporna dan Tawau.

Makluman Rasmi Yang Di keluarkan Oleh Jabatan Meteorologi Malaysia

Lokasi Gegaran Gempa Bumi di Kunak yang berskala 4.0 skala Ritcher




Nota kaki : Mungkin ini adalah peringatan dari Allah kepada hamba-hambaNya agar sentiasa bertakwa kepadaNya.Semoga tiada perkara dan kejadian buruk yang menimpa di daerah Kunak khususnya.
Read More

Sabtu, 30 Ogos 2014

Kunak-Sabah

Peta Lokasi Daerah Kunak,Sabah.

Kunak-Sabah, bukanlah satu nama asing lagi buat masa kini. Kunak, merupakan salah satu daerah kecil yang terletak di negeri Sabah di sebelah pantai timur. Jika di lihat pada peta, lokasi Kunak adalah di antara dua daerah besar di Sabah iaitu Lahad Datu dan Tawau.

Teringat satu masa dahulu, ketika dalam lingkungan tahun 90'an, kebanyankan guru dan kakitangan awam yang di tempatkan bertugas di daerah Kunak mempunyai tangapan Kunak sebuah perkampungan terpencil.
 

Namun setelah berada di daerah ini, rata-rata mereka ini suka untuk menetap di daerah ini. Antara faktor yang membuatkan guru-guru dan kakitangan awam dari Semenanjung suka menetap di daerah Kunak adalah di sebabkan kos sara hidup yang rendah, kemudahan insfatuktur dan kemudahan asas yang mencukupi serta ketenangan hidup yang jauh dari kesibukan hidup di bandar.

Populasi suku kaum yang terdapat di daerah ini antaranya, suku kaum bajau dan bugis. Tetapi terdapat juga suku kaum dan bangsa lain yang turut terdapat di pekan ini seperti bangsa cina, india,suku kaum sulu, kadazan-dusun, suku kaum murut, suku kaum iban, suku kaum jawa, suku kaum timur dan lain-lain.

Ini menunjukkan daerah ini mampu hidup dalam masyarakat pelbagai bangsa dengan aman dan harmoni.

Daerah Kunak juga tidak ketinggalan dengan arus kemodenan. Keprihatinan pemimpin dan pihak kerajaan terhadap daerah Kunak tidak pernah di abaikan. Ini dapat dilihat dari segi kemudahan jalan raya berturap yang boleh di katakan telah memasuki hampir 90% kawasan perkampungan yang terdapat di daerah ini.

Bukan itu sahaja, kemudahan seperti hospital, sekolah, Dewan Masyarakat, Pusat Jalur Lebar 1 Malaysia, Mini RTC juga terdapat di daerah kecil ini.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih banyak input mengenai daerah Kunak secara maya, anda boleh juga melawati blog semuakunak.blogspot.com
Read More